need anything? any accounts here

SBP students, adakah seronok belajar di asrama? Best ke?

Mei 14, 2015.

Assalamualaikum for muslimin dan muslimat. Sebagai pembuka kata syukur kehadrat Illahi kerana kita masih bernafas di muka bumi ini. 

Bismillahirrahmanirrahim

okay saja nak share tentang life dekat asrama penuh or biasa org panggil SBP. Biasa kalau org kata budak sbp je budak pandai. Semua pandai sebenarnya cuma fikiran cliche masyarakat melayu kini. Ok first sekali I'm ex SBP Integrasi Selandar, Melaka. Maybe tak famous macam STF TKC SASER SDAR SESERI tapi takpe kita dah dikira masuk SBP pun bersyukur.

Entry kali ni untuk adik adik yg bakal masuk SBP. Biasalah kadang2 mesti ada kemusykilankan nak masuk asrama ni.

Masuk SBP ni tak susah pun life dia. Pandai urus masa tidur dgn masa nak berehat seriously mmg boleh jadi top students. Kelebihan SBP ada HK sesama SBP yg lain, kelas teratur, takde duit belanja pun boleh makan sebab ada dewan makan. Buat apa nak fikir panjang2 masuk je SBP nanti korang akan rasa sendiri kemeriahannya.



Di samping kelebihan, ada juga kekurangannya. Contoh mcm byk guna duit, and ngantuk di kelas sepanjang masa. Nasihat akak pergi beli gula-gula kopiko atau halls. Gerenti mata besar hahaha.

Last, SBP or MRSM or SMK semua tu hanyalah title je. Yang penting semangat kita nak belajar ke tak. Ok!

lots of love,

Aina Athirah Anizat.

No comments:

Post a Comment